Perasaan itu lahir dari hati. Semua orang tahu kan? hehe. Perasaan itu bukan kita yang minta, tetapi rasa itu anugerah dari Allah. So, bersyukurlah walaupun perasaan itu menyukarkan kita, menyakitkan kita dan melalaikan kita. Ceritanya bermula di sekolah memandu pada 4.03.2013 di johor ( tak nak lah detail sangat tempatnya ) hehe. Alhamdulillah Test JPJ kt dlm sekolah aku lulus. Tetapi kt luar sekolah aku gagal. So, takpe lah. Aku redha dan pasrah. Mungkin ada hikmah disebaliknya kannn. So, abis test JPJ aku pun rushing lah ke stesen bas untuk balik ke kampus. Kat sana tiba-tiba ada seorang pemuda tegur aku. Pemuda tu pun rupa-rupanya amik lesen saing aku tadi. Cuma aku je yang tak perasan dia. Tapi dia perasan aku. Then, kitaorang sembang-sembang kejap. Tak lama tu kitorang pun naik bas ( lain-lain bas ) tapi destinasi yang sama secara kebetulan. Sampai je ke destinasi, sekali lagi kami berselisih. Arah yang sama, menuju ke train arah seremban. Wah! macam ada jodoh pulak. hehe.. Aku tak tahu kenapa hari tu aku sangat happy even aku gagal JPJ. Mungkin aku jatuh hati kat lelaki tu? tak tahu lah. hehe. Cerita kami sampai di situ sahaja. Lepas tu, aku dah tak pernah terjumpa dia. Sebenarnya aku harap sangat dapat jumpa dia lagi. Tapi bila fikir-fikir balik, 4.03.2013 tu sepanjang hari aku dengan dia. Siang kat sekolah memandu, petang kat stesen bas, malam kat TBS dan menghala ke arah seremban.
#That All for Sekolah Memandu...
No comments:
Post a Comment